Monday, May 14, 2012

Sinopsis E-Novel:Cintaku Di Muka Buku


Sinopsis

Pada mulanya aku hanya ingin mencari teman-teman di laman sosial.Pada suatu hari,seorang mamat ni menjadi kawanku di Facebook.Aku memang jenis yang tak kisah,sebab aku ni agak 'friendly' jugalah.
Kami pun mula berbual di laman sosial Facebook.Dalam masa yang sama,aku meminati seorang mamat yang juga kawan abang aku.Nama dia Nazrul.Aku minat dia sejak aku berada di tingkatan 2.Waktu itu,abang keduaku,angah sering membawa kawan-kawannya datang ke rumah.Aku pula terminat dekat si Nazrul tu.Hehe...tapi Nazrul tak tahu aku minat dekat dia.Hurmm...
Berbalik pada kisah aku dan kawan Facebook aku pula...Prince Charming.Dia gunakan nama tu dalam akaun Facebook dia.Aku tak tahulah sama ada dia tu memang prince yang ada 'charming'...mungkin setakat muka lelaki buaya darat yang bersepah dekat jalan.Semakin lama aku mengenali dia,aku mulai menyenangi mamat tu.Dan...dia ajak aku berjumpa!Patutkah aku bertemu dengan dia?
Mungkinkah ada jodoh antara kami berdua?Atau sekadar teman rapat di laman sosial?Bagaimana pula dengan Nazrul yang aku minat tu?


Watak & Perwatakan

Hero :-


Muhammad Naiemi Nazrul
- Seorang yang suka mengukirkan senyuman.
- Pandai mengambil hati orang.
- Terlalu minat permainan bola keranjang.

Heroin :-


Farah Adiera 
- Gadis yang 'happy go lucky' dan manja jika dengan ahli keluarganya.
- Meminati Nazrul sejak bertemu dengan lelaki itu.

Watak sampingan :-


Nur Dahlia Nasuha
- Menjadi kawan baik Adiera sejak mereka berada di tingkatan dua.
- Agak 'gila-gila' sedikit,namun dia sering menjadi tempat Adiera bercerita tentang kehidupan seharian gadis itu.


Muhammad Fariz Airil
- Abang kepada Adiera.
- Kawan baik kepada Nazrul.
- Seorang yang suka mengusik,ramai orang meminati dia dan dia sangat sayangkan Adiera.


Mikhail Hazrey
- Pesaing Nazrul untuk merebut hati Adiera.
- Perasan handsome dan seorang playboy
- Merupakan bekas sahabat baik Fariz dan Nazrul.

Sorry for my bad explaination -.- I'm not good in explaining characters ~.~ - Lina

You're not a silent reader because you have a right to speak.